RAIKAN HARI RAYA AIDILFITRI
BERSAMA MENARA KUALA LUMPUR

 

MENARA KUALA LUMPUR, 4 November- Sambutan Hari Raya Aidilfitri menandakan berakhirnya bulan Ramadhan iaitu bulan dimana kita menunaikan ibadah puasa selama sebulan bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga tetapi melatih kita bersifat sabar serta prihatin terhadap golongan yangkurang bernasib baik.

 

Di Malaysia, Sambutan Hari Raya disambut dengan meriahnya, dimulakan dengan sembahyang raya di masjid dan diikuti dengan sanak saudara berkumpul saling bermaaf-maafkan disamping menikmati juadah istimewa yang telah disediakan. 

 

Menara Kuala Lumpur sekali lagi, seperti tahun sebelumnya telah menganjurkan Rumah Terbuka di Perkarangan Menara Kuala Lumpur yang diadakan khas untuk meraikan rakan - rakan niaga yang menyokong Menara Kuala Lumpur serta para media yang banyak membantu mempromosikan Menara Kuala Lumpur di persada dunia.  Suasana Hari Raya ini telah membuka ruang bagi seluruh wargakerja Menara Kuala Lumpur untuk terus mengekalkan hubungan silaturahim dengan rakan-rakan niaga dan seterusnya menikmati juadah istimewa pada hari mulia ini.  Majlis hari Raya Aidilfitri ini menerima tetamu seramai lebih kurang 1,500 orang.

 

Menara Kuala Lumpur yang berdiri megah di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur telah menikmati pelbagai pencapaian yang membanggakan negara seperti penganjuran acara bertaraf antarabangsa seperti ‘KL Tower International Jump’, ‘Towerthon’ dan tahun ini merupakan kali pertama Menara Kuala Lumpur telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi persidangan dunia ‘World Federation of Great Towers’ yang telah berlangsung pada 2-7hb September 2007 yang lalu.

 

Menara Kuala Lumpur merupakan menara telekomunikasi yang tertinggi di Asia Tenggara dan ke-4 tertinggi di dunia serta salah satu pusat destinasi pelancongan yang popular negara yang terletak di puncak Bukit Nanas pada ketinggian 421 meter.

 

 

 

 

Back